Tuesday, April 8, 2008
Juga dari Blog Pemuda Pelapis
Pak Lah -vs- Dr Mahathir - Dari Sudut Punca dan Fakta
Apa yang berlaku akhir-akhir ini telah menarik minat sebilangan besar rakyat dan juga parti-parti lawan. Serang menyerang kenyataan dan berbalas kritikan antara pemimpin nombor satu yang masih berkuasa dengan bekas pemimpin nombor satu yang telah berundur.Apakah rasionalnya? Apa kata kita rujuk kepada punca dan fakta sebenar.Kenapa Tun Dr Mahathir agak sering muncul dan mengkritik kepimpinan Pak Lah sejak akhir-akhir ini? Jawapannya ada pada hampir semua orang termasuklah anda dan juga saya. Tun yang mengeluarkan kenyataan demi kenyataan sudah pasti beliau lebih arif tentang apa yang diperkatakannya. Malahan Pak Lah sendiri pun tahu kenapa dia dikecam dan dikritik hebat oleh Tun. Begitu juga semua barisan Kabinet dan ahli-ahli Majlis Tertinggi. Malahan saya turut "tabik spring" kepada golongan remaja belasan tahun yang masih muda mentah apabila secara kebetulan terdengar mereka bijak membuat ulasan.Inilah rasional yang saya ingin kongsikan kepada semua pembaca. Bukan soal mahu memenangi sesiapa atau pun mahu menyalahi sesiapa tetapi jika kita merasakan kita manusia atau insan yang waras, kita perlu rujuk kepada punca dan menilai kepada fakta. Jangan berlandaskan kepada emosi.Kepimpinan Pak Lah Secara Ringkas dan UmumSejak Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil-alih kuasa kepimpinan secara rasmi pada 31 Oktober 2003 daripada Tun Dr Mahathir Mohamad, Pak Lah adalah pemimpin nombor satu negara yang menerajui barisan Kabinet. Ertikata lain, Pak Lah adalah Perdana Menteri dan harus bertanggungjawab secara langsung dengan sepenuhnya untuk memikul satu beban yang amat besar bagi mentadbir negara.Jatuh bangun, maju mundur dan apa sahaja kemelut yang melanda adalah atas kebijaksanaan Pak Lah untuk menerajuinya dan juga mengatasinya dengan dibantu barisan Kabinet yang bertindak sebagai jentera kerajaan di peringkat tertinggi. Apa pun Pak Lah adalah "Master Mind" dan segala arahan datangnya daripada Pak Lah.Jika ada pun Menteri Kabinet lain yang memberi arahan tetapi mesti mendapat persetujuan Pak Lah terlebih dahulu dan barulah tindakan dapat dilakukan.PRU11 pada tahun 2004 merupakan pilihanraya umum pertama di bawah kepimpinan Pak Lah. Yang pasti, strategi pelaksanaan PRU11 tersebut telah disusunatur dengan baik sebelum Tun mengundurkan diri dan hanya perlu diteruskan oleh Pak Lah sahaja. Kalau ada perubahan pun mungkin tidak banyak yang perlu dilakukan Pak Lah. Hasil PRU11 itu telah membawa satu kemenangan besar yang terus berpihak kepada BN. Ia tidak dinafikan atas kesan pembangunan dan pemodenan yang dibawa oleh Tun ketika menjadi Perdana Menteri ke-4 dan bukan atas dasar kewibawaan Pak Lah.Rakyat memandang kemenangan itu belum boleh diambilkira untuk diukur dan dinilai sebagai kewibawaan Pak Lah kerana baru setahun jagung peralihan tampuk kepimpinan daripada Tun pada ketika itu.Namun Pak Lah telah mula dinilai selepas pembentukan kabinet baru beliau dengan kemenangan PRU11 tersebut sehinggalah ke tarikh PRU12 pada 8 Mac 2008 yang lalu. Selama tempoh lebih kurang 4 tahun 4 bulan Pak Lah sebagai Perdana Menteri Malaysia, sebagai Presiden Umno dan juga Pengerusi Barisan Nasional, rakyat mula membuat penilaian sebenar terhadap kewibawaan Pak Lah untuk dibandingkan dengan kewibawaan Tun Dr Mahathir yang telah memegang jawatan tersebut selama 18 tahun.Rumusan kebanyakan rakyat mendapati bahawa kerajaan yang diterajui Pak Lah agak lembap, lembik dan longgar. Tidak padat dan padu sebagaimana pemerintahan di era Tun dahulu yang lebih menonjol dan berwibawa.Pak Lah telah gagal menyelesaikan banyak isu-isu rakyat serta mengabaikan kepentingan ekonomi rakyat. Banyak projek pembangunan tidak seimbang dan tidak memberi apa-apa kesan manfaat kepada rakyat. Yang mendapat imbuhan hanyalah orang-orang korporat dan untuk kepentingan pemimpin-pemimpin yang berkuasa serta individu-individu tertentu sahaja.Projek-projek IKS dan perniagaan hanya sekadar "indah khabar dari rupa" di mana pengumuman dan pelaksanaannya yang tidak selaras. Rakyat sendiri dinafikan apabila memohon meskipun syarat-syarat telah dipenuhi. Terlalu banyak birokrasi berlaku di peringkat agensi IKS yang langsung tidak mampu dipantau Pak Lah dan barisan Kabinet Pak Lah. Tiada sebarang tindakan diambil walaupun aduan telah dibuat oleh rakyat.Projek-projek besar diutamakan untuk golongan korporat yang telah sedia kaya raya di samping menumpukan perhatian lebih kepada pelabur-pelabur asing untuk diberi keutamaan yang melampaui batasan sehingga rakyat memberontak.Begitulah antara luahan hati rakyat yang tidak berpuashati dengan kepimpinan Pak Lah.Lebih buruk lagi keadaan apabila secara tiba-tiba dan mendadak munculnya pula Khairy menantu Pak Lah pada tahun 2004 itu, yang diangkat mudah sebagai Ketua Pemuda Umno Bahagian Rembau. Tidak habis di situ tetapi dinobatkan pula sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno Pusat yang diisytiharkan sebagai menang tanpa bertanding untuk jawatan berkenaan.Adakah ini satu tindakan yang betul? Kenapa bayangan Khairy tidak menjelma lebih awal sebelum Pak Lah menjadi Perdana Menteri? Ini semua adalah tanda tanya rakyat yang tidak berpuashati dan masih belum dijawab oleh Pak Lah sehingga kini secara terbuka sebagaimana Pak Lah membalas kritikan Tun semalam (6 April 2008). Daripada Khairy juga tiada jawapan.Di sinilah sebenarnya telah mula berputik kemarahan rakyat yang merasakan Pak Lah tidak adil, tidak bijak mentadbir kerajaan dan mementingkan diri sendiri dan keluarga. Ekoran daripada peristiwa ini, segala langkah dan tindak tanduk Pak Lah mula dinilai rakyat. Pantang ada kesilapan atau kelemahan maka rakyat akan mengambilkira. Salahkah rakyat menilai? Bukankah Malaysia mengamalkan demokrasi?Isu-isu lain yang dipantau rakyat seperti isu "Scomi Group" turut mendapat perhatian rakyat kerana ramai yang tahu bahawa satu-satunya anak lelaki Pak Lah terbabit dan ada kepentingan di situ.Komen Pak Lah Atas Prestasi Buruk Umno dan BN Pada PRU12Di antara isu-isu yang diutarakan Pak Lah terhadap prestasi buruk Umno dan BN pada PRU12 - 8 Mac 2008 yang lalu adalah:1. Berlakunya sabotaj daripada ahli-ahli Umno sendiri termasuklah ahli-ahli parti komponen BN yang lainnya.2. Kenyataan, kritikan dan kecaman Tun Dr Mahathir Mohamad yang cuba memecah-belahkan perpaduan.3. Kes Hindraf di mana kaum Hindu telah mengalih pandangan untuk menyokong parti lawan.Apa yang telah disebutkan Pak Lah terhadap ketiga-tiga isu tersebut sebenarnya tidak cukup kuat untuk dijadikan alasan yang kukuh. Rakyat tidak mahu mendengar alasan demi alasan daripada pemimpin nombor satu negara setelah apa yang berlaku. Rakyat melihat di sudut pengurusan dan pentadbiran parti yang tidak betul sejak mengambil-alih pucuk pimpinan.Jika pengurusan parti ditadbir secara berhemah dan dengan penuh ketelusan maka soal sabotaj tidak akan timbul. Kita wajib mengkaji daripada punca asas, kenapa sabotaj boleh berlaku? Jawapannya kerana ahli-ahli bawahan di akar umbi tidak berpuashati di atas kepimpinan Pak Lah dan barisan kepimpinan tertinggi yang ada.Apakah perlu untuk menuding jari kepada orang lain? Siapakah yang memimpin parti? Siapa pula yang memberi arahan dan membuat keputusan?Isu kedua yang kononnya Tun Dr Mahathir Mohamad cuba memecah-belahkan perpaduan adalah tidak betul sama sekali. Sebagai rakyat di dalam sebuah negara demokrasi, saya menyelar kenyataan Pak Lah dan semua pemimpin-pemimpin Umno yang tidak bertanggungjawab menyokong kenyataan tersebut. Mereka yang menyokong kenyataan itu adalah pengampu-pengampu yang cukup hebat yang ada agenda tersendiri.Bodoh sangatkah Tun seorang bekas Perdana Menteri mahu melihat negara huru-hara dan hancur? Ke manakah jasa Tun selama 18 tahun mentadbir kerajaan? Adakah kenyataan itu hanya untuk mendapat satu kepuasan diri kerana merasa marah atas segala kritikan Tun? Apakah dengan kenyataan itu mampu mempengaruhi minda rakyat? Kenyataan itu dinilai tidak lebih daripada "meminta simpati rakyat".Sukakah Pak Lah dan semua barisan yang menyokong kenyataan itu untuk dilabelkan oleh rakyat sebagai pemimpin yang tidak bertanggungjawab atau sebagai "kacang lupakan kulit?". Kenapa tidak berfikir sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan-kenyataan tidak berasas yang hanya mampu digelak-tawakan oleh rakyat?Tidak dinafikan rakyat bahawa Tun Dr Mahathir adalah seorang pemimpin yang "terbilang" kehebatannya. Banyak bukti nyata yang dapat dinilai rakyat. Tun mendapat sokongan dan pengaruh yang besar atas usaha beliau memajukan negara dan memartabatkan Malaysia di mata dunia.Tun dinilai rakyat di atas kepintaran beliau yang berjaya menangani krisis matawang yang meruncing pada suatu ketika. Kalau pemimpin Yahudi mampu menghormati Tun, kenapa Pak Lah dan barisan kepimpinannya tidak ada rasa hormat? Memang Tun seorang yang hebat dan kehebatan yang ada pada Tun tidak ada pada Pak Lah dan pemimpin-pemimpin lain.Kenapa tidak mahu menerima segala kritikan dan kecaman Tun itu sebagai satu "teguran seorang bapa kepada anak?" Beliau menegur kerana dia merasa bertanggungjawab memberi laluan kepada Pak Lah menjadi Perdana Menteri dan tidak menyangka sebegini teruk kepimpinan Pak Lah sehingga 5 negeri baru jatuh kepada pembangkang dan masih gagal merebut balik Kelantan.Mujurlah Tun Dr Mahathir telah sempat menyatukan parti-parti di Sabah dan Sarawak ke dalam BN yang mampu menyumbangkan kemenangan mudah (tipis). Apa kata kalau dulu Tun tak lakukan usaha itu? Pak Lah boleh jawab, Najib boleh jawab dan semua pemimpin yang ada pun boleh jawab, di mana kita sekarang agaknya?Sudah tentulah duduk di bawah tampuk pemerintahan kerajaan campuran pembangkang. Kenapalah pemimpin yang ada tak mampu nak fikirkan tentang perkara ini? Di sini sekali lagi rakyat nampak sebagai usaha dan jasa Tun dan beliau campur tangan dalam keadaan sekarang bukan kerana dia masih gila kuasa tetapi untuk menyelamatkan keadaan supaya prestasi yang lebih buruk tidak akan berlaku. Adakah nak kena tunggu ianya terjadi baru pucuk pimpinan mahu sedar? Renung-renungkanlah!Baru satu penggal yang tidak sampai pun 5 tahun Pak Lah memerintah negara, perkara ini boleh berlaku. Apakah wajar kenyataan Pak Lah sebelum ini yang masih meminta diberi masa lagi? Dua tiga tahun pertama Pak Lah memimpin, Tun hanya menyepi seribu bahasa tanpa sebarang kritikan terhadap Pak Lah tetapi malangnya rakyat yang menilai dan melabelkan Pak Lah sebagai "tidur". Apakah salah apabila Pak Lah dikejutkan melalui kritikan hebat oleh Tun agar bingkas bangun dan bertindak sesuatu? Apakah Pak Lah masih lena dibuai mimpi dengan apa yang telah berlaku?Buktikan sesuatu usaha yang realistik untuk mampu menambat hati rakyat dan bukan dengan banyak bercakap atau menabur janji-janji kosong bagi menyedapkan hati rakyat semata-mata. Rakyat menilai segala kenyataan-kenyataan tidak berasas itu sebagai longgar dan rapuh. Begitulah juga dengan kes Hindraf. Persoalannya, kenapa perkara ini boleh berlaku?Menuding jari tidak menyelesaikan masalah melainkan bertanggungjawab sepenuhnya dan mendengar suara ramai yang meminta Pak Lah supaya "berundur dengan penuh hormat."Jangan bersikap sebagaimana perumpamaan yang mengatakan, "GAJAH DEPAN MATA KITA TAK NAMPAK TAPI KUMAN SEBERANG LAUTAN KITA NAMPAK".Ini bukan soal desakan tetapi atas dasar tanggungjawab kerana prestasi yang "teramat buruk" di dalam sejarah perjuangan Umno. Jika jujur sayangkan Umno/BN dan negara, buktikan kepada rakyat dengan menunaikan apa yang rakyat pinta. Rakyat tidak minta wang ringgit atau harta Pak Lah, cukuplah jika Pak Lah berundur. Adakah Pak Lah berterusan mahu bersikap "menafikan?".Banyak lagi punca dan fakta jika mahu dihuraikan.Bukti Luahan Hati RakyatHari ini rakyat dan pemimpin mula berdialog dan berbahas di alam maya dengan adanya blog pemimpin Dr Mohamad Khir Toyo yang telah mengambil satu langkah bijak untuk mendekatkan diri dengan rakyat bagi mendapatkan maklumbalas dan mendengar suara hati rakyat.Topik hangat yang diutarakan oleh bekas Menteri Besar Selangor itu adalah "Kepimpinan Negara dan Isu-isu Rakyat". Kita boleh rujuk blog berkenaan dan cuba memahami setiap komen dan pandangan rakyat yang diluahkan di situ.Ternyata rakyat amat tidak berpuashati dengan kepimpinan yang ada. Bukan kerana rakyat bencikan Pak Lah tetapi kerana rakyat sayangkan negara dan cintakan perjuangan parti. Rakyat semakin bijak menilai dan mereka mahukan perubahan kepada pucuk pimpinan demi merealisasikan "Wawasan 2020" sebagai sebuah negara maju di dunia.
Posted by Pemuda Pelapis at 1:45 AM 0 comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment